Followers

Tuesday, February 22, 2011

OAT MKNAN KEGEMARAN SUME??????

salam  stu malaysia sume..mlm ni tiba2 
tergerak ati nk buat cite sal oat.hehehe..
ape sbbnya???mlm ni ak try mkn oat 
nk jga kesihatan(nk krus kot...)hahahhaa..
ak just mkn 3 sudu dlu.nk try kn..x leh
bnyk2.rse dia cm bubur nasi,tp lau ad perase ikan 
bilis ke ak ase lg sedap kot..
yg ak try ni oat wana merah..
so,ak nk buat entry sal oat bijirin...

nk elak dr jd cmni.........tidakkkkkk

Ladang oat di Hemingway, South Caroline
Ni pokok oat ye sumee..
Oat (Avena sativa) merupakan sejenis spesies bijiran, dan biji benih tumbuhan ini.
Oats seringkali dihidangkan sebagai bubur yang dihasilkan
 daripada oats yang dilenyek atau oatmeal
dan juga dibakar menjadi biskut (cookies). Dalam bentuk tepung oat atau oatmeal
, ia juga digunakan dalam pelbagai biskut (baked goods) dan
 cereal sejuk, dan sebagai bahan dalam muesli dan granola
. Oats juga boleh dimakan mentah, dan bisku
t dengan oats mentah menjadi semakin popular.
Sekam Oat adalah sarung bijirin oat. 
Pengambilannya dipercayai mengurangkan LDL kolesterol
 ("buruk"), dan berkemungkinan mengurangkan risiko penyakit jantung
Oat juga merupakan bijiran selamat bagi pengidap 
penyakit celiac (alahan gluten).

KHASIAT OAT BIJIRIN

1-Oat mengandungi serat larut yang secara aktif menyerap dan membantu menghapuskan kolesterol berlebihan yang boleh menyumbat arteri anda dan menyebabkan penyakit jantung.

2-Pengambilan oat membantu menurunkan tahap kolestrol dan akhirnya menjadikan jantung lebih sihat!

3-Serat merangsangkan pengeluaran air liur, yang memudahkan anda mengunyah dan menelan. Apabila berada dalam perut, ia membantu mencairkan kandungannya, menjadikannya lebih mudah untuk dihadam.

4-Serat dalam usus kecil membantu memperlahankan kadar penghadaman nutrien dalam makanan. Ini memastikan semua nutrien dalam makanan digunakan oleh badan.

5-Serat juga membantu mencegah banyak masalah ketidakselesaan yang dialami oleh orang tua, seperti sembelit dan buasir.

6-Oat mengandungi lebih banyak kalsium, protein, magnesium, zat besi, zink, kuprum (copper), mangan (manganese), tiamin dan vitamin E berbanding makanan bijirin lain seperti gandum dan rai.

7- menurunkan berat badan, mengawal paras korestrol dan mengelak diabetes serta menginginkan tenaga yang lebih

8-Lebih kerap  mengambil bijirin sedia dimakan, maka lebih rendah kemungkinan untuk  memiliki berat badan yang berlebihan. Mereka juga didapati memiliki indeks jisim tubuh (Body Mass Index/BMI) yang lebih rendah.

Amalkn pengambilan mknan seimbang.


kau muzik di hatiku..